OnePlus Mengesahkan Siri OnePlus 7 Tiada Sokongan Kalis Air (IP Rating)

Belum lagi pelancaran rasmi OnePlus 7, tapi Twitter rasmi OnePlus telah menunjukkan satu video yang berdurasi 30 saat menunjukkan sebuah peranti yang di masukkan ke dalam baldi yang berair.

Dalam perkongsian itu, OnePlus juga turut menyebut bahawa “Rating untuk kalis air akan meningkatkan kos sesebuah fon, kami akan membawakan sesuatu yang tidak terlalu mahal”.

Ia merujuk kepada ketahanan IP Rating yang digunakan pada kebanyakan peranti kelas atasan dan ia mesej jelas bahawa OnePlus 7 tidak menyokong ketahanan IP Rating (Water & Dust Resistant).

Jika anda masih tidak tahu, IP Rating adalah bermaksud International Protection Marking atau lebih teknikalnya permarkahan terhadap ketahanan jika mengahadapi risiko terkena air, kimia, habuk, elektrikal dan casing mekanikal.

Dalam pada itu juga, IP Rating bukan penentu yang terbaik bahawa sesuatu peranti itu betul-betul tahan. Cuma sekurang-kurangnya ia serba sedikit memberi ketahanan yang lebih baik berbanding peranti yang langsung tiada IP Rating. Seperti kes terjatuh air atau semasa hujan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: