OnePlus 7 Pro telah rasmi di Malaysia bermula dengan harga RM2,999

Umum sedia maklum OnePlus telah melancarkan peranti terbaru mereka iaitu OnePlus 7 Pro pada 14 Mei yang lepas di New York, Amerika Syarikat.

Model kali ini dilihat memberi banyak kepuasan dalam pelbagai aspek. Seperti fungsi kamera, paparan skrin, rekaan dan spesifikasi. OnePlus juga turut menyatakan bahawa OnePlus 7 Pro mempunyai prestasi dan kelajuan yang luar biasa.

Jika sentuh bahagian prestasi, OnePlus 7 Pro dikuasakan dengan Snapdragon 855, pilihan sehingga 8GB RAM, storan memori UFS 3.1 dan pilihan storan sehingga 256GB. Selain itu, ia juga mempunyai pengecasan pantas WARP Charge 30W yang terbaru dan kebesaran bateri sehingga 4,000mAh.

OnePlus 7 Pro juga memberi pengalaman paparan yang terbaik dengan pengiktirafan HDR10+, skrin Fluid AMOLED yang bersaiz 6.67-inci(~88.1% ratio skrin-ke-badan) dengan resolusi 1440 x 3120 piksel 9.5:9 ratio (~516 ppi density), dan mempunyai fresh rate 90Hz. Selain itu, OnePlus 7 Pro juga mendapat permakahan A+ dari DisplayMate.

Warna yang ditawarkan untuk OnePlus 7 Pro adalah Mirror Grey, Nebula Blue dan Almond. Harga rasmi Malaysia :

  • 6GB/128GB = RM2,999
  • 8GB/256GB = RM3,699
  • 12GB/256GB = RM4,199

Untuk pembelian di Shopee, anda boleh mendapat baucer bernilai RM200 dan percuma OnePlus Bullet Wireless Earphone dengan kod baucer OnePlus 7 Pro.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: