Nak gambar cantik masa raya nanti? Baca tips ni

Dalam ilmu fotografi, pelbagai perkara yang harus dipelajari dan dipraktikkan. Namun, ada beberapa kaedah yang mudah sebenarnya yang boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja.

Kaedah yang basic boleh anda gunakan adalah “Rule of third”. Ia adalah kaedah ambil gambar mengikut garisan menegak dan mendatar. Dalam kaedah ini, anda boleh memfokuskan objek pada garisan yang dipaparkan pada skrin atau pada titik pertembungan garisan.

Sebelum tu, anda harus “turn on” fungsi Grid di bahagian setting kamera. Untuk iPhone, boleh pergi ke bahagian Setting – Camera – Grid – Turn On. Untuk Android, anda boleh periksa dibahagian kamera anda atau bahagian setting fon anda.

Kegunaan fungsi grid adalah fungsi dimana anda dapat melihat garisan halus yang berbentuk menegak dan mendatar pada bahagian tengah skrin supaya dapat mengagak kestabilan gambar yang diambil.

Kaedah Rule of Third ini sangat berguna untuk ambil gambar yang cantik, kedudukan yang menarik dan tak senget. Ia banyak digunakan oleh jurugambar yang profesional untuk mendapatkan sesuatu gambar yang mengagumkan. Semoga bermanfaat.

Anda juga boleh mengikuti beberapa tips lain :

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: