Moto RAZR dengan skrin boleh lipat!

Tahun ini kita dapat melihat kemeriahan teknologi peranti yang di tunjukkan oleh jenama-jenama besar seperti Samsung, Huawei dan Xiaomi yang menunjukkan teknologi telefon boleh lipat mereka.

Namun hanya Samsung sahaja yang memasarkannya pada umum. Walaupun terdapat beberapa isu pada Galaxy Fold, ia seakan dikawal dengan baik oleh Samsung.

Pada ura-ura yang tersebar, Motorola juga dilaporkan bakal mengenalkan telefon dengan skrin boleh dilipat terhadap model nostalgia mereka yang dahulu mendapat sambutan yang luar biasa dari pengguna iaitu Moto Razr. Sekaligus, Motorola bakal mengembalikan rekaan Razr dengan teknologi masa kini.

Menerusi video yang tersebar di Weibo baru-baru ini, menunjukkan rekaan Moto Razr yang masih mengekalkan rekaan Razr yang lama dan menggunakan jenis skrin boleh dilipat. Ia juga mempunyai satu lagi skrin kecil pada bahagian luar setelah ia dilipat seperti yang anda pernah lihat di Samsung Galaxy Fold.

Pada ura-ura tentang spesifikasi yang tersebar sebelum ini, Moto Razr dilaporkan akan dibekalkan dengan skrin 6.2-inci OLED dan dikuasakan dengan Snapdragon 710. Mempunyai pilihan 4GB RAM + 64GB dan 6GB RAM + 128GB.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.