Mesej rasmi dari Huawei Malaysia berhubung kenyataan dari Google

Semalam kita telah digemparkan dengan berita tentang pengharaman kerjasama Huawei di Amerika Syarikat (AS). Termasuk kerjasama dengan syarikat teknologi di AS.

Hari ini, Huawei Malaysia telah memberi mesej kepada pengguna peranti Huawei di Malaysia melalui Twitter rasmi mereka. Memetik kenyataan dari Huawei Malaysia :

Huawei telah membuat sumbangan besar kepada perkembangan dan pertumbuhan Android di seluruh dunia. Sebagai salah satu rakan kongsi global utama Android, kami telah bekerjasama rapat dengan platform sumber terbuka mereka untuk membangunkan ekosistem yang telah memberi manfaat kepada kedua-dua pengguna dan industri.

Huawei akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan selepas jualan (after sale service) kepada semua produk telefon pintar dan tablet Huawei dan Honor yang ada, yang meliputi penjualan yang sedia ada mahupun yang masih dalam stok secara global.

Kami akan terus membina ekosistem perisian yang selamat dan lestari, untuk memberikan pengalaman terbaik untuk semua pengguna di seluruh dunia.

Kenyataan yang di keluarkan juga dilihat sama seperti yang dikeluarkan oleh pihak Huawei Mobile UK menerusi Twitter rasminya semalam.

Mesej ini jelas bahawa Huawei bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengguna mereka yang setia dengan Huawei mahupun Honor dan akan terus komited untuk menyediakan perkhidmatan lepas jualan mereka.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: