Maklum balas pihak OnePlus berhubung isu OnePlus 7 Pro yang mempunyai “masalah sentuh sendiri” pada skrin

OnePlus 7 Pro sememangnya antara peranti kelas-atasan premium yang terbaik untuk tahun ini dengan tawaran pelbagai teknologi baharu dan spesifikasi yang padu.

Namun, baru-baru ini beberapa pengguna OnePlus 7 Pro telah melaporkan bahawa peranti mereka mengalami permasalahan pada skrin yang didakwa sentuh sendiri (Ghost Touch) tanpa membuat apa-apa.

Menurut maklum balas dari pihak OnePlus, mereka mengatakan :

“Menurut ujian sebenar kami, OnePlus 7 Pro, dengan kadar penyegaran yang ditetapkan ke 90Hz (yang secara automatik menurunkan mengikut kandungan) dan resolusi pintar yang dibolehkan, mempamerkan hayat bateri yang sangat baik dibandingkan dengan OnePlus 6, dan sangat dekat dengan OnePlus 6T di bawah keadaan ujian yang sama, “

Dengan ini, pihak OnePlus telah memberi maklum balas berhubung permasalah yang pengguna hadapi pada skrin dan telah mengesahkan bahawa mereka sedang mengusahakan untuk menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin mengikut laporan dari Android Authority.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: