Lagi gambar acuan barisan iPhone 2019 yang tertiris

Hari demi hari kita diperlihatkan dengan pelbagai rekaan barisan iPhone 2019. Ura-ura mendapati Apple bakal memperkenalkan 3 model iPhone iaitu iPhone XI, iPhone XI Max dan iPhone XIR seperti.

Apple telah mula memperkenalkan 3 model iPhone pada tahun yang sama semenjak tahun 2016 iaitu iPhone SE pada bulan Mac dan iPhone 7/Plus pada bulan September. Pada tahun selanjutnya iPhone 8/Plus dan iPhone X pada tahun 2017. Tahun ini juga dilihat masih perkenalkan 3 model iPhone.

Jika merujuk pada gambar yang tertiris, Apple masih mengekalkan rekaan iPhone X. Cuma rekaan pada kamera belakang sedikit berbeza. Juga mempunyai bonjolan dan saiz yang agak besar.

Hatta, jika tahun lepas iPhone Xr hanya menggunakan satu kamera yang mempunyai fungsi bokeh dan aperture yang boleh di ubah, tahun ni dilihat Apple bakal menaiktaraf kepada Dwi-Kamera dan akan mengekalkan kualiti skrin LCD pada iPhone XIR tahu ini.

Sebelum ini juga acuan iPhone XI dan iPhone XI Max telah tersebar. Acuan ini biasanya digunakan oleh pengeluar casing. Ia mungkin bukti yang kukuh bahawa Apple bakal menggunakan rekaan yang tertiris.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: