Kini Anda Boleh Cari Teman Kekasih Di “Facebook Dating”

Dalam kemaskini terbaru Facebook, anda kini boleh mencari teman kekasih dengan fungsi terbaru iaitu ‘Dating’. Fungsi ini dilaporkan hanya pada 14 negara terpilih sahaja dan Malaysia antara salah satu yang mendapat fungsi ini.

Jika anda inginkan fungsi Dating dan paparan baru di Facebook, anda harus kemaskini Facebook yang terkini pada peranti anda. Fungsi Dating boleh di akses melalui “More – See More – Dating”.

Ia adalah salah satu cara baru untuk melihat jika antara rakan Facebook kita selama ini yang secara senyap menyukai kita dan berpotensi menjadi kekasih. Fungsi Dating ini juga khas buat semua pengguna yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: