Kenali Jenama Sub-Brand Dari Peranti Yang Mempunyai Nama Yang Besar Di Asia Tenggara

Jika anda mengikuti perkembangan teknologi peranti pintar, pasti anda sudah cukup kenal dengan beberapa jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Seperti OPPO, VIVO, Xiaomi dan HUAWEI.

Dalam pada jenama mereka yang kukuh dalam pasaran, mereka juga turut menguatkan lagi dengan adanya sub-brand untuk sasaran pasaran yang berbeza berbanding jenama asal mereka. Mari kita kenali satu persatu.

HUAWEI = Honor

Honor diperkenalkan sejak tahun 2013 menfokuskan pada segmen peranti kelas bawahan, pertengahan dan kini dilihat mampu berdaya saing dengan peranti kelas atasan yang mempunyai prestasi cip pemprosesan yang hampir sama. Honor berkembang sejak 2014 pada peringkat global hingga kini.

Xiaomi = Redmi, Black Shark, Pocophone

Redmi sebelum ini asalnya bernaung di atas jenama Xiaomi kini bergerak di atas jenama sendiri. Redmi mengisytiharkan jenama mereka pada Januari yang lepas untuk segmen peranti bajet dan kelas pertengahan.

Pada tahun 2018, dunia teknologi dikejutkan dengan sub-brand baru dari Xiaomi iaitu Pocophone. Menfokuskan peranti yang dikuasakan dengan cip pemprosesan kelas atasan dengan harga yang sangat murah dan mampu milik. Dilaporkan juga, Pocophone F1 berjaya dijual sebanyak 700,000 unit dalam masa 3 bulan sahaja.

Tambahan lagi, pada tahun yang sama Xiaomi juga turut memperkenalkan sub-brand mereka Black Shark. Salah satu jenama baru untuk peranti yang menfokuskan pada prestasi dan mempunyai ciri yang berasaskan mobile gaming. Black Shark sudah memperkenalkan 2 model setakat ini iaitu Black Shark 1 dan Black Shark 2.

VIVO = iQOO

Pada bulan Mac yang lepas, iQOO telah memperkenalkan peranti terbaru mereka yang berasakan prestasi yang unggul, harga yang berpatutan dan mempunyai sasaran pasaran yang lebih besar. Ia sangat berbeza dengan peranti yang pernah VIVO perkenalkan.

iQOO juga bermaksud “I Quest On an On” dan antara peranti yang menfokuskan pada mobile gaming tapi mempunyai rekaan yang agak ‘low-profile’ sedikit berbanding peranti mobile gaming yang lain.

OPPO = Realme

Pada bulan May 2018, jenama Realme secara rasmi sudah mula diperkenalkan dengan sasaran pasaran di Asia Tenggara dengan tawaran peranti kelas pertengahan yang berkuasa dan harga yang sangat berpatutan. Dilaporkan juga, Realme mendapat lebih 4 juta pengguna hanya dalam masa 7 bulan sahaja.