Jualan OnePlus 7 Pro mencecah 1 Billion Yuan (RM606,340 juta) hanya dalam masa 60 saat sahaja di China

Berdasarkan laporan dari media di China, penjualan OnePlus 7 Pro telah mencapai 1 billion yuan hanya dalam masa 60 saat sahaja di China. Jika ditukar kepada tukaran wang asing semasa, berjumlah RM606,340 juta.

Seperti semua sedia maklum, OnePlus 7 Pro baru sahaja dilancarkan pada 14 Mei yang lepas di New York, Amerika Syarikat. Manakala di Malaysia pada 21 Mei yang lepas. Peranti ini memfokuskan spesifikasi yang cukup mengagumkan.

Berdasarkan rekod di India juga, OnePlus 7 Pro juga diumumkan sebagai peranti kelas-atasan yang premium paling laris dalam masa seminggu di Amazon India.

Beberapa isu berkaitan bekalan stock agak terhad telah berlaku, namun menurut Pete Lau CEO OnePlus berkata ia sudahpun diselesaikan. Ternyata permintaan OnePlus 7 Pro di China amat tinggi.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: