iOS 13 dilaporkan hanya menyokong iPhone 6s ke atas

Umum sedia maklum bahawa Apple bakal memperkenalkan perisian terbaru buat iPhone, iPad, iPod, MacBook, iMac dan Apple Watch setiap tahun pada bulan Jun. Tahun ini Apple dilaporkan bakal perkenalkan iOS 13 pada WWDC 19 pada 3 Jun ini bersamaan dengan penguhujung bulan puasa.

Ura-ura sebelum ini telah tersebar bahawa siri iPhone 6s ke bawah tidak lagi menyokong iOS 13 dan hanya siri iPhone 7 ke atas sahaja yang akan menyokong iOS 13. Namun ura-ura berikut sedikit ragu-ragu kerana Apple tidak mungkin akan melompat sejauh itu untuk menamatkan sokongan iOS.

Gambar oleh : The Apple Hub

Baru-baru ini, ura-ura dari satu laman perkongsian Apple di Perancis iPhonesoft.fr telah mengeluarkan artikel bahawa iOS 13 hanya menyokong buat iPhone 6s/Plus dan ke atas sahaja. Bermaksud, iPhone 5s, iPhone SE dan iPhone 6/Plus tidak lagi menyokong iOS 13.

Jika laporan ini benar, bermakna iPhone 5s, iPhone SE dan iPhone 6/Plus tidak lagi mendapat kemaskini terbaru iOS dan secara tidak langsung bakal menerima nasib yang sama seperti iPhone 5.

Baca : Ura-ura tentang fungsi iOS 13