Huawei sudahpun membina “sistem operasi” mereka sendiri menggantikan Android

Syarikat pengeluar peranti terbesar di China, Huawei Technology telah mengesahkan bahawa mereka sedang membina perisian mereka sendiri. Perisian ini dibina khas untuk telefon dan laptop mereka.

Laporan ini ini telah dikeluarkan oleh Richard Yu Chengdong (CEO of Consumer). Menerusi petikan komen beliau di South China Morning Post pada April 2018, Richard Yu telah mendedahkan bahawa mereka sedang menjalan projek untuk membina alternatif menggantikan sistem operasi Android yang sedia ada.

Menerusi temubual juga, Yu menyatakan :

“Kami telah menyediakan sistem operasi kami sendiri, jika ternyata kami tidak lagi boleh menggunakan sistem ini [Android], kami akan bersedia dan mempunyai rancangan kami B”

Setakat ini hanya 2 sistem operasi yang menjadi pemacu utama sesebuah telefon iaitu Apple iOS dan Google Android. Jika Huawei juga bakal perkenalkan sistem operasi mereka sendiri, maka terdapat satu lagi saingan buat iOS dan Android.

Dari sudut pengguna yang sudah biasa dengan sistem operasi, ada sedikit kegusaran yang timbul terhadap minat pembangun untuk membangunkan sesebuah aplikasi dalam jangka masa yang lama. Namun ia masih menjadi persoalaan memandangkan Huawei masih belum perkenalkannya secara rasmi. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: