Huawei P20 Lite 2019 bakal hadir dengan Quad-Kamera dan paparan Punch-Hole

Jika tahun lepas Huawei telah perkenalkan peranti kelas pertengahan mereka Huawei P20 Lite dengan spesifikasi yang menarik dan rekaan yang cantik. Tahun ini dilaporkan Huawei sekali lagi bakal perkenalkan P20 Lite 2019 dengan beberapa pembaharuan pada rekaan dan spesifikasi.

Pada gambar yang tertiris, P20 Lite 2019 dilihat mempunyai rekaan Quad-Kamera seperti Huawei P30 Pro. Namun tiada kepastian tentang kemampuan kamera yang dihasilkan oleh P20 Lite 2019 ini.

Bahagian hadapan pula, P20 Lite 2019 menggunakan paparan Punch-Hole seperti Honor View20 dengan skrin yang bersaiz 5.84-inci FHD+. Saya kira, paparan dengan kemasan kamera Punch-Hole sekarang adalah trend buat tahun 2019.

Rekaan panel belakang kelihatan tampak premium dengan warna gradient dan kilauan yang mengikut citarasa pengguna masa kini. Warna yang ditawarkan adalah warna biru, hitam dan merah.

Menerusi laporan dari Winfuture, peranti ini mungkin akan dikuasakan dengan cip pemprosesan HiSilicon Kirin 710 dengan 4GB RAM dan pilihan storan dalaman 64GB atau 128GB. Setakat ini tiada info lanjut tentang pelancaran rasmi.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: