Huawei diharamkan di Amerika Syarikat berkuatkuasa serta merta!

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini telah mengisytiharkan penamatan segala kerjasama dengan Huawei di AS termasuk perisian Google Android, perkhidmatan PlayStore dan aplikasi Google lain seperti Gmail, Google Drive dan lain-lain.

Ia berkuatkuasa serta merta. Bermaksud Huawei dilarang untuk berurusan dengan syarikat teknologi di AS tanpa pengesahan kerajaan AS.

Syarikat teknologi AS seperti Qualcomm, Intel, Google dan NVIDIA juga dilarang bekerjasama dengan Huawei. Senarai peranti yang bakal mendapat kemaskini Android Q juga mungkin dibatalkan.

Ia berikutan beberapa kemelut yang berlaku diantara kerajaan AS dan Huawei sebelum ini tentang Huawei yang didapati mengintip segala data-data peribadi mereka.

Ura-ura telah pun tersebar bahawa Huawei sedang membangunkan perisian mereka sendiri. Namun sejauh mana ia mampu bertahan jika ia benar masih belum pasti. Mahu atau tidak, dengan berita ini mereka harus juga perkenalkan perisian sistem operasi mereka sendiri.

Jika mengikut dari sejarah perisian yang pernah dihadapi oleh Microsoft, mereka gagal kerana kekurangan pembangun aplikasi. Jika Huawei membangunkan perisian mereka sendiri, mampukah mereka bertahan? Apa nasib pengguna Huawei nanti?

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: