Huawei akhirnya memberi maklum balas tentang sokongan perkhidmatan Google

Memetik dari laporan rasmi Huawei :

Huawei telah membuat sumbangan besar kepada perkembangan dan pertumbuhan Android di seluruh dunia. Sebagai salah satu rakan kongsi global utama Android, kami telah bekerjasama rapat dengan platform sumber terbuka mereka untuk membangunkan ekosistem yang telah memberi manfaat kepada kedua-dua pengguna dan industri.

Huawei akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan selepas jualan (after sale service) kepada semua produk telefon pintar dan tablet Huawei dan Honor yang ada, yang meliputi penjualan yang sedia ada mahupun yang masih dalam stok secara global.

Kami akan terus membina ekosistem perisian yang selamat dan lestari, untuk memberikan pengalaman terbaik untuk semua pengguna di seluruh dunia.

Menerusi laporan ini, Huawei menjelaskan mereka akan terus komited menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan selepas jualan (after sale service) kepada semua produk Huawei dan Honor yang sedia ada mahupun yang masih dalam stok secara global.

Dalam kemelut ini juga, Android juga telah menyatakan bahawa peranti Huawei masih boleh digunakan seperti biasa untuk perkhidmatan dari Google. Termasuk Play Store, kemaskini aplikasi terkini dan lain-lain.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: