Harga OnePlus 7 Pro Tertiris! – Bermula Dengan RM2,999

Di India, harga untuk variasi OnePlus 7 Pro telah mula tersebar sebelum tarikh rasmi pelancarannya 14 Mei ini. OnePlus 7 Pro dikatakan dijual di India bermula dengan harga RS49,999 (RM2,999) untuk 6GB RAM + 128GB.

Tambahan lagi, Pra-Tempahan OnePlus 7 Pro di Amazon India dengan tawaran penggantian skrin percuma selama enam bulan bernilai RS 15,000 (RM898) sudah di keluarkan. Pra-Tempahan juga perlu dibuat dengan pembayaran deposit sebanyak RS 1,000 (RM60).

Menerusi perkongsian dari pengguna Twitter Agarwal, beliau dilihat menunjukkan gambar harga jualan rasmi OnePlus 7 Pro di India. Dengan 3 pilihan warna iaitu Mirror Grey, Nebula Blue dan Almond.

Harga OnePlus 7 Pro mengikut variasi :

  • 6GB + 128GB : RS 49,999 = RM2,999
  • 8GB + 256GB : RS 52,999 = RM3,174
  • 12GB + 256GB : RS 57,999 = RM3,473

Pengiraan harga yang dikongsikan hanya mengikut tukaran wang asing semasa. Harga rasmi di Malaysia mungkin akan sedikit murah atau sedikit mahal berbanding harga rasmi di India. Tiada kepastian lagi yang kami dapat untuk jualan rasmi di Malaysia atau di China.

Jika harga yang tertiris ini benar, dilihat OnePlus sedang mengikut jejak langkah Huawei dan Samsung yang sedang rancak menaikkan harga jualan peranti kelas atasan mereka hampir mencecah RM4,000.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: