Google Pixel 3a senang untuk dibaiki

Google pada acara khas mereka 7 Mei yang lepas akhirnya telah melancarkan peranti kelas pertengahan mereka iaitu Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL yang dikuasakan dengan Snapdragon 660.

Dalam pada itu, pakar membuka peranti yang cukup terkenal dalam membuka pelbagai peranti iaitu iFixit telah membuka Pixel 3a untuk menunjukkan kepada umum bagaimana ia boleh dibuka dan tahap kesusahannya.

Kebanyakan peranti yang diperkenalkan pada masa kini saya kira bukan mudah untuk dibaiki dan dibuka. Lebih-lebih lagi jenama Samsung. Dalam permakahan yang diberikan oleh iFixit, mereka telah memberi markah 6 dari 10. Buat pengetahuan anda, semakin tinggi markah yang diberikan semakin mudah sesuatu peranti itu untuk dibaiki.

Pada video yang ditunjukkan, iFixit telah menunjukkan cara membuka dari awal. Dan ternyata ia tidak terlalu susah jika menggunakan alatan yang bersesuaian. Dibuka melalui skrin terlebih dahulu seperti kebanyakan peranti iPhone dan Xiaomi.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: