Google Pixel 3a Dan Pixel 3a XL Dilancarkan Dan Menggunakan Kamera Sama Seperti Pixel 3

Segala persoaalan tentang peranti baru dari Google akhirnya sudah terjawab. Pada acara khas Google I/O hari ini, Google telah perkenalkan peranti kelas pertengahan terbaru mereka.

Ia adalah Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL. Variasi ini adalah kesinambungan dari siri Pixel 3 sebelum ini. Cuma siri Pixel 3a kali ini menfokuskan pada prestasi peranti kelas pertengahan yang dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 670.

Apa yang menariknya pada siri Pixel 3a ini adalah kedua-duanya dibekalkan dengan keupayaan kamera seperti Pixel 3. Google juga masih mengekalkan satu kamera pada siri kali ini sementara peranti Android lain tidak kira pada kelas pertengahan atau atasan sedang menggunakan Tri-Kamera.

Untuk fungsi kamera, Google Pixel 3a dan 3a XL kedua-duanya dibekalkan dengan kamera utama 12.2MP f/1.8 menyokong OIS dan EIS. Ia juga mampu merakam video 4K 30fps dan 720p 260fps. Kamera hadapan pula menggunakan 8MP f/2.0 yang mempunyai pandangan 84-darjah

Selain itu, fungsi fotografi yang digemari pada Pixel 3 juga turut disertakan buat siri Pixel 3a. Ia adalah fungsi Portrait Mode, Super-Res Zoom dan Night Sight yang menghasilkan gambar yang sangat mengagumkan. Jika anda tertanya-tanya apa perbezaan antara Pixel 3a dan 3a XL ni. Berikut adalah spesifikasi ringkas :

Pixel 3a $399 (RM1,656)

  • Skrin OLED 5.6-inci (Asashi Dragontrail Glass)
  • 1080×2220 piksel (~441 ppi)
  • Qualcomm Snapdragon 670
  • 4GB RAM
  • 64GB Storan Dalaman
  • Bateri 3,000mAh
  • USB Type-C
  • Pengecesan Pantas 18W (Power Delivery 2.0)
  • Android 9.0 (Pie)
  • Fingerprint dibahagian belakang
  • 12.2 MP, f/1.8, 28mm (wide), 1/2.55″, 1.4µm, OIS, dual pixel PDAF
  • 8 MP, f/2.0, 24mm (wide), 1.12µm
  • Stereo Speaker

Pixel 3a XL $479 (RM1,988)

  • Skrin OLED 6.0-inci (Asashi Dragontrail Glass)
  • 1080×2160 piksel (~402 ppi)
  • Qualcomm Snapdragon 670
  • 4GB RAM
  • 64GB Storan Dalaman
  • Bateri 3,700mAh
  • USB Type-C
  • Pengecesan Pantas 18W (Power Delivery 2.0)
  • Android 9.0 (Pie)
  • Fingerprint dibahagian belakang
  • 12.2 MP, f/1.8, 28mm (wide), 1/2.55″, 1.4µm, OIS, dual pixel PDAF
  • 8 MP, f/2.0, 24mm (wide), 1.12µm
  • Stereo Speaker

Secara ringkasnya, dilihat perbezaan yang ketara adalah pada kebesaran bateri dan skrin. Lain adalah sama. Pilihan warna yang ditawarkan adalah : Just Black, Clearly White dan Purple-ish


FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: