Flagship Killer! Spesifikasi Redmi K20 terdedah!

Xiaomi telah mengesahkan siri terbaru dari sub-jenama mereka iaitu Redmi K20 yang banyak menjadi bualan peminat peranti kerana dikhabarkan ia adalah flagship killer yang terbaik dengan harga yang sangat berbaloi.

Beberapa hari lepas skor dari AnTuTu telah menunjukkan bahawa Redmi K20 mendapat skor sebanyak 458,754. Sekaligus ia adalah skor yang tertinggi mengalahkan Xiaomi Mi 9.

Menerusi gambar yang tersebar di Weibo, Redmi K20 akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 dan kelajuan pemindahan data UFS 2.1. Selain itu pada bahagian hadapan, ia menggunakan skrin OLED 6.39-inci 2340×1080 piksel .

Pada bahagian kamera, Redmi K20 akan menggunakan pop-up kamera hadapan 20MP f/2.0 dan tri-kamera pada bahagian belakang 48MP f/1.7 + 13MP f/2.4 + 8MP f/2.4. Manakala untuk ketahanan penggunaan, Redmi K20 dibekalkan dengan bateri sebesar 4,000mAh dan pengecasan pantas 27W.

Selain itu, gambar casing dan kotak bungkusan rasmi Redmi K20 juga turut tersebar. Menunjukkan casing berwarna ungu dengan gambar raksasa pada bahagian belakang. Redmi K20 juga akan hadir dengan warna Carbon Black, Glacier Blue, dan Flame Red.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: