DiGi Dan Celcom Bergabung Menjadi Satu Perkhidmatan Telekomunikasi Terbesar Di Malaysia

Axiata dan Telenor mengumumkan kerjasama antara mereka. Secara tak langsung, DiGi dan Celcom akan bergabung menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. Gabungan ini juga mampun menjadi syarikat gergasi di Asia Tenggara.

Dalam kenyataan Axiata kepada Bursa Malaysia, kedua- dua pihak akan berusaha untuk memuktamadkan perjanjian dalam tempoh suku ketiga tahun ini dengan saham 56.5% milik Telenor dan 43.5% milik Axiata.

Seperti biasa, setiap keputusan yang muktamad harus menjalani beberapa proses. Persetujuan tentang gabungan ini juga harus diperoleh dari pihak yang berkuasa dan keputusan dari kedua-dua pihak. Dijangka segalanya akan selesai pada suku tahun keempat tahun ini.