Cip HUAWEI Kirin 985 Dijangka Akan Mulakan Proses Pengeluaran Pada Suku Tahun Ketiga Tahun Ini

Beberapa bulan lepas kita sudah dengar beberapa ura-ura tentang cip pemprosesan baru dari HUAWEI yang bakal di proses dengan teknologi Extreme Ultraviolet Lithography (EUV). Baru-baru ini juga media dari Taiwan telah mengesahkan bahawa HUAWEI bakal perkenalkan cip terbaru mereka iaitu Kirin 985.

Cip Kirin 985 juga mungkin akan dibekalkan pada peranti terbaru mereka HUAWEI Mate 30 dijangka akan diperkenalkan pada bulan Oktober tahun ini. Oleh itu, proses pengeluaran cip Kirin 985 akan bermula pada suku tahun ketiga iaitu menjelang Ogos tahun ini.

Cip pemprosesan terbaru ini juga akan dihasilkan menggunakan kaedah FC-PoP (FlipChip Package-on-Package) dan digabungkan dengan proses Extreme UltraViolet (EUV). Ia membolehkan prestasi cip menjadi semakin baik dan penggunaan tenaga yang lebih rendah.

Setakat ini tiada kesahihan berkenan ia hadir bersama sokongan 5G atau tidak. Tapi kemungkinan besar ia bakal menyokong sambungan internet 5G memandangkan tahun ini adalah tahun pembangunan teknologi 5G pada peranti.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: