Cara Ambil Gambar Potongan Objek Semasa Waktu Hampir Gelap Atau Lebih Dikenali Sebagai “Silhouette”

Gambar dengan gaya silhouette cukup terkenal di kalangan penggemar fotografi kerana ia amat unik dan bercirikan alam semulajadi. Dengan teknologi yang maju sekarang, anda sudah boleh ambil gambar gaya silhouette yang berkualiti dengan hanya menggunakan sebuah peranti pintar.

Untuk ambil gambar, anda boleh gunakan fungsi Auto sahaja. Akan tetapi, jika fon anda mempunyai fungsi AI (Artificial Inteligence), ia perlu di tutup terlebih dahulu memandangkan AI dapat meneka dan menyesuaikan situasi dengan warna. Membuatkan gaya silhouette tidak menjadi dan warna terlalu terang. Kerana syarat wajib silhouette adalah gelap dan tidak terlalu terang.

Dalam pada itu juga, jika anda sudah mahir terhadap kamera. Anda juga boleh gunakan Mod Pro pada beberapa peranti yang sudah tersedia. Namun, jika anda mahukan fungsi Pro pada iPhone. Anda perlu muat turun aplikasi lain seperti VSCO, Snapseed, Lightroom dan lain-lain.

Berikut adalah cara mudah untuk ambil menggunakan fon :

  • Waktu yang sesuai adalah semasa terbit matahari dan semasa matahari terbenam. Jika di semenanjung Malaysia, sekitar 6.15AM – 7.00AM dan 6.30PM – 7.30PM.
  • Pilih subjek yang sesuai sebagai lapisan objek dalam gambar. Selalunya letakkan seseorang atau objek yang berkaitan alam sekitar
  • Tutup fungsi flashlight pada kamera fon
  • Cari pengcahayaan dan framing yang sesuai agar nampak cantik
  • Tekan fokus pada objek yang mahu supaya gambar nampak kemas

Ini adalah beberapa gambar gaya silhouette yang diambil menggunakan iPhone 7 (camera by default) semasa pengembaraan saya di Perth, Western Australia.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: