Cakap je dekat Google Assistant nak pergi mana melalui Waze

Melalui acara khas Google I/O semalam, Google telah memperkenalkan beberapa peranti terbaru. Selain itu, Google juga turut perkenalkan beberapa pembaharuan terhadap aplikasi dan perisian mereka.

Pada acara khas itu, Google juga mengumumkan sokongan Google Assistant pada aplikasi Waze. Ia bakal dilepaskan buat pengguna beberapa minggu lagi.

Google Assistant dan Waze juga bekerjasama dalam fungsi terbaru Driving Mode. Dengan mempunyai bantuan dalam aplikasi Waze bersama Google Assistant, ia sedikit sebanyak membantu anda menguruskan perjalanan anda dengan lebih selamat dan tanpa secara terus menerus memegang peranti semasa memandu.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: