Bose Noise Cancelling 700 dilancarkan dengan rekaan yang lebih premium

Pengeluar peranti audio yang cukup terkenal dengan rekaan, kualiti audio dan jenama mereka, Bose telah melancarkan fon kepala baharu dengan model Bose Noise Cancelling 700 bercirikan pembatalan hingar (noise cancelling) yang berharga $399.95 (RM1,677.99)

Fon kepala Bose kali ini mempunyai rekaan pada telinga yang nampak lebih premium berbanding QC 35 II. Tambahan lagi, ia juga mempunyai pembatalan hingar yang lebih baik berbanding fon kepala Bose yang lain dan mempunyai 11 pilihan tahap pembatalan hingar. Anda juga boleh membuat pilihan tanpa perlu menanggalkannya.

Bose juga mengatakan bahawa mereka mempunyai sistem mikrofon yang terbaik di dunia pada fon kepala. Seperti Jabra Elite 85h yang dilancarkan semalam, ia juga dilengkapi dengan ciri pembantu maya Alexa, Siri dan Google Assistant dengan satu sentuhan pada butang khas.

Bose AR juga turut tersedia pada fon kepala baru ini dengan sokongan audio yang berteraskan augmented-reality pertama di dunia. Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan pad sesentuh, bicu audio 3.5mm dan jenis kabel pengecasan USB Type-C.

Ketahanan penggunaan Bose Noise Cancelling 700 mampu bertahan sehingga 20 jam dengan pengecasan penuh selama 2.5 jam. Dengan pengecasan pantas selama 15 minit juga, ia mampu bertahan sehingga 3.5 jam penggunaan mendengar lagu.

Bose Noise Cancelling 700 akan hadir dengan pilihan warna Hitam dan Putih. Pra-tempahan telah dibuka dan ia akan mula dijual pada 30 Jun nanti.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: