Berapa lama Pop-up kamera mampu bertahan? Dan jenis kamera bermotor

Pada mulanya pop-up kamera telah mula diperkenalkan oleh Vivo pada tahun 2018 terhadap model Vivo NEX. Idea untuk kamera ini adalah untuk memastikan paparan skrin boleh dioptimumkan tanpa sebarang takuk dan masih boleh ambil gambar untuk tujuan swafoto.

Fungsi kamera pop-up atau kamera bermotor ini dilihat telah menjadi revolusi baru buat kamera swafoto masa kini memandangkan swafoto adalah perkara yang mustahak buat pengguna.

Pelbagai jenis kamera bermotor yang telah diperkenalkan oleh pengeluar peranti seperti pada Oppo Find X, Xiaomi Mi MIX 3, Oppo Reno, Samsung Galaxy A80, Asus Zenfone 6 dan OnePlus 7 Pro.

Kamera bermotor biasanya akan diuji ketahanannya dan mampu bertahan sehingga 200,000 – 300,000 kali buka~tutup. Jika dikira penggunaan 100x kali sehari selama setahun (365 hari), penggunaan setahun adalah 36,500 secara purata.

Merujuk pada penggunaan harian 100x kali sehari. Dengan jumlah ketahanan sehingga 200,000 kali, Pop-up kamera mampu bertahan sehingga 5-6 tahun.

Manakala jumlah ketahanan 300,000 mampu bertahan sehingga 7-8 tahun ketahanan buka~tutup kamera secara purata.

Keraguan juga muncul kerana beberapa pengguna menganggap ia mudah dimasuki habuk dan mengakibatkan kegagalan fungsi motor lebih-lebih jika berada dikawasan berpasir. Namun sejauh mana ia mampu bertahan masih belum dibuktikan lagi kerana ia masih baru dalam pasaran.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: