Beberapa pengguna OnePlus 7 Pro mengalami “masalah skrin” sentuh sendiri

OnePlus 7 Pro adalah satu-satunya peranti dengan pengalaman paparan skrin yang boleh dikatakan paling terbaik yang ada di pasaran buat masa sekarang.

Ini dibuktikan dengan pemarkahan yang dikeluarkan oleh DisplayMate yang mendapat A+. Ini kerana skrin yang digunakan pada OnePlus 7 Pro adalah jenis Fluid AMOLED, satu-satunya peranti yang mempunyai pengesahan HDR10+ dipasaran dan fresh rate 90Hz seperti Asus ROG Phone.

Namun menerusi laporan dari beberapa pengguna di forum rasmi OnePlus, skrin pada OnePlus 7 Pro didapati mengalami masalah “Ghost Touch”. Jika anda masih tidak tahu apa itu Ghost Touch, ia adalah masalah skrin yang menyebabkan skrin akan sentuh sendiri tanpa kita menyentuhnya.

Menerusi laporan lagi, ia seringkali terjadi semasa menggunakan papan kekunci dan semasa menggunakan aplikasi. Masalah begini mungkin terjadi pada beberapa pengguna sahaja.

Setakat ini belum dapat disahkan sama ada ia berpunca dari perisian atau perkakasan. Harapnya ia hanya isu yang terjadi disebabkan perisian dan dapat diselesaikan setelah kemaskini yang terbaru.

Jika anda sudah menggunakan OnePlus 7 Pro dan mengalami masalah sebegini, ada baiknya pergi terus ke pusat perkhidmatan yang disahkan atau pusat jualan untuk claim warranty.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: