Asus Zenfone 6 hadir dengan kamera Pop-Flip 48MP dan Snapdragon 855

Untuk tahun 2019 saya kira adalah tahun yang penuh dengan pelbagai teknologi rekaan skrin penuh tanpa takuk dan fungsi kamera bermotor.

Baru-baru ini kita diperlihatkan dengan pelbagai fungsi kamera boleh pusing yang menarik seperti dari Samsung Galaxy A80, Oppo Reno dan OnePlus 7 Pro.

Untuk pelancaran kali ini Asus telah perkenalkan Asus Zenfone 6 dengan rekaan kamera yang agak berlainan dari jenama lain. Ia hanya menggunakan dwi-kamera sebagai kamera utama dan sebagai kamera swafoto.

Antara spesifikasi yang menarik :

  • Skrin LCD bersaiz 6.4-inch FHD+
  • Ketahanan skrin Gorilla Glass 6
  • Snapdragon 855
  • Bateri 5,000mAh
  • Pengecasan pantas 18W
  • RAM 6GB/8GB
  • Storan memori 128GB/256GB
  • Dwi-kamera 48MP + 13MP
  • USB Type-C
  • Fingerprint di panel belakang
  • Tri-slot (Dwi-sim + microSD)

Setakat ini belum pasti lagi pelancarannya di Malaysia. Tapi harga yang di tawarkan adalah bermula $499. Jika ditukarkan mengikut tukaran wang asing, berharga RM2,081. Lebih kurang harga rasmi yang ditawarkan oleh Xiaomi buat model Xiaomi Mi 9.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: