ASUS ZenFone 6 dengan skrin boleh luncur, bateri 5000mAh dan Snapdragon 855

Dengan kejayaan siri Asus ZenFone 5 tahun lepas, Asus tahun ini bakal memperkenalkan siri terbaru Asus ZenFone 6 dan dilaporkan ia bakal diperkenalkan secara rasmi pada 16 Mei ini.

Gambar yang tertiris menunjukkan ZenFone 6 bakal hadir dengan skrin tanpa takuk, fungsi skrin boleh luncur dan mempunyai rekaan speaker dibahagian bawah yang agak besar seperti HTC One M8. Pada bahagian atas, mempunyai dwi-kamera dan satu lagi speaker. Ini menujukkan bahawa ZenFone 6 menyokong stereo speaker.

Selain itu, Asus menerusi Twitter rasmi mereka juga berkongsi gambar yang menunjukkan sebuah peranti dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855, masih mengekalkan bicu audio 3.5mm, mempunyai lampu LED notification, Tri-slot tray dan smart key.

Bahkan, dalam perkongsian eksekutif Asus di Instagram. Beliau berkongsi gambar dengan caption yang dikatakan adalah sebagai satu kod. GSMarena telah mendedahkan kod itu sebagai spesifikasi Asus ZenFone 6 yang mempunyai bateri sebesar 5,000mAH, Dwi-Kamera 48MP + 13MP.

Menguatkan lagi kesahihan rekaan skrin Asus ZenFone 6, Asus juga turut berkongsi poster yang menunjukkan sebuah peranti mempunyai skrin penuh tanpa sebarang takuk denga mesej pelancaran rasmi ZenFone 6 pada 16 Mei ini.