Asus Zenfone 6 dengan Dwi-Kamera boleh pusing terbaru!

Tahun ni boleh dikatakan adalah musim telefon dengan paparan skrin penuh tanpa takuk dan fungsi kamera pop-up. Namun ia agak berlainan untuk Samsung Galaxy A80.

Asus tahun ini mungkin akan perkenalkan siri baru Zenfone 6 seperti siri Zenfone 5 tahun lepas. Mempunyai pilihan variasi kelas pertengahan dan kelas atasan iaitu Asus Zenfone 6 dan Zenfone 6Z.

Menerusi gambar yang tertiris, Asus Zenfone 6 dilihat bakal menggunakan konsep kamera yang lebih kurang seperti Galaxy A80 yang diperkenalkan pada bulan April yang lepas.

Namun ia sedikit berbeza kerana Zenfone 6 menggunakan konsep kamera baharu yang saya kira tidak pernah dibuat lagi oleh pengeluar telefon yang lain. Tindakan Asus kali ini amat berani dan inovatif.

Jika merujuk pada gambar yang dikongsikan oleh SlashLeaks, Zenfone 6 mempunyai paparan skrin yang penuh dan tiada kamera hadapan. Ia hanya dibekalkan dengan Dwi-Kamera 48MP + 16MP belakang sahaja. Yang menariknya, Dwi-Kamera utamanya boleh dipusing sebagai kamera hadapan.

Mengikut spekulasi, Zenfone 6 mungkin dibekalkan dengan skrin 6.3-inci dengan resolusi 1080 x 2340 piksel dan perlindungan kaca Corning Gorilla Glass 6.

Selain itu untuk variasi Zenfone 6Z, ia akan dikuasakan dengan Snapdragon 855, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Tambahan lagi, ia juga dikhabarkan mempunyai bateri sebesar 5,000mAh seperti Asus Zenfone Max Pro (M2) dan pengecasan pantas Quick Charge 4.0.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: