Apple, Amazon dan Google disaman!

Anak dan pemilik harta pusaka kepada pencipta lagu klasik yang terkenal sekitar 40-an Harold Arlen dengan lagu “Over The Rainbow” telah menfailkan saman terhadap Apple, Amazon, Google dan beberapa syarikat lain yang menjual lebih 6,000 rakaman muzik yang tidak dibenarkan.

Mengikut tuntutan mahkamah, kedai-kedai muzik digital dan perkhidmatan penstriman digital terbesar kini dibanjiri dengan salinan-salinan lagu-lagu Arlen yang tidak sah yang dijual di bawah label rekod yang berbeza dengan harga kurang daripada salinan lagu Arlen yang diberi kuasa.

Boleh dikatakan sebagai ia adalah “Operasi cetak rompak secara besar-besaran”.

Sebagai contoh, pada versi yang diberi kuasa dari label Masterworks Broadway harga album penuh diletakkan pada harga $9,99 untuk di muat turun, dan lagu individu untuk $1.29. Sementara salinan yang tidak sah dari Soundtrack Classics menyenaraikan mereka untuk $3,99, dan $0.99 masing-masing. Secara jelas ia dijual dengan harga yang lebih murah untuk lagu yang sama.

Seperti album Ethel Ennis, logo RCA Victor penutup (cover) album kelihatan telah disunting menjadi cover album yang tidak sah. Dan lagu yang dijual dari cover album berikut lebih murah dari lagu asal yang sah.

Pihak peguam juga mendakwa bahawa “Apple, Amazon, Google, Microsoft, Pandora dan pengedar mereka telah bergabung dengan lanun muzik yang terkenal untuk menjual dan menyalurkan ribuan rekaman cetak rompak.”

Tuntutan mahkamah memaklumkan bahawa penjual menjual muzik dan penstriman secara dalam talian tanpa pengetahuan penuh bahawa mereka tidak dibenarkan.

Tuntutan mahkamah juga memetik, “sukar untuk membayangkan seseorang yang berjalan ke Tower Records, di luar jalan, dengan lengan penuh rekod CD dan vinil dan mendakwa sebagai label rekod untuk Frank Sinatra, Louis Armstrong, dan Ella Fitzgerald, boleh berjaya dengan menjual salinan di kedai mereka terus bersebelahan dengan album yang sama yang dikeluarkan oleh label rekod legenda, Capitol, RCA, dan Columbia, dan pada harga yang lebih rendah. “

Hal ini mungkin adalah kerana tindakan mereka untuk memujuk penstrim muzik untuk lebih tertarik dengan perkhidmatan mereka supaya ia lebih banyak pilihan untuk didengar.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: