Apa Yang Dapat Dijangka Dengan iOS 13 Dan Tarikh Pelancaran Rasmi

Jika anda seorang pengguna iOS yang tegar, pasti anda teruja tentang apa yang bakal Apple perkenalkan terhadap iOS terbaru tahun demi tahun. Kita sudah mendengar tentang fungsi dan keupayaan iOS 12 sebelum ia dilancarkan. Namun semasa ia dilancarkan, iOS 12 agak mengecewakan memandangkan tidak banyak perubahan yang di perkenalkan.

Pada tahun ini, iOS 13 akan diperkenalkan secara rasmi pada 3 Jun ini semasa WWDC 2019 keynote di San Jose. Selepas pelancaran juga, versi BETA mungkin akan dilepaskan buat pengguna pada pertengahan atau akhir bulan Jun.

Versi rasmi pada pengguna pula seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu pada bulan September selepas pelancaran iPhone. Dari iOS 11 ke iOS 12 tidak banyak perubahan yang diperkenalkan oleh Apple.

Tapi banyak peningkatan prestasi seperti yang dilaporkan oleh pihak Apple. Pada perkongsian dari Leo Vallet seorang pereka grafik, beliau menunjukkan beberapa konsep iOS 13 yang mempunyai beberapa fungsi baru. Antaranya :

Dark Mode

Split View

Multitasking di Control Centre

iPad menyokong Apple Magic Mouse

Volume boleh diubah melalui paparan luar

Saya juga turut menjangkakan fungsi-fungsi ini bakal di implementasi oleh Apple pada iOS 13 nanti. Namun ia hanya sekadar konsep dan belum betul-betul pasti mengenai fungsi ini. Mengikut ura-ura fungsi Dark Mode dan fungsi iPad menyokong Magic Mouse banyak tersebar. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada 3 Jun nanti.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: