Antara syarikat yang sudah mengisytiharkan “tidak bekerjasama” dengan Huawei

Berhubung isu pengharaman Huawei di Amerika Syarikat (AS), sememangnya pelbagai impak besar yang akan berlaku terhadap syarikat telecom terbesar di China itu.

Awal pengumumannya oleh kerajaan AS pada 20 Mei yang lepas, Google telah telah menyatakan bahawa peranti Huawei sedia ada masih lagi mendapat perkhidmatan Google Play Store dan Play Protect walaupun Google antara syarikat pertama yang terpalit terhadap isu ini.

Namun hari ini Google dilaporkan telah mengeluarkan Huawei Mate X dan Huawei P30 Pro dari senarai “Devices” di laman sesawang rasmi Android.

Selepas Google, Qualcomm dan Intel juga menyekat kerjasama bersama Huawei. Secara tidak langsung, bekalan perkakasan cip pada MateBook telah disekat serta merta.

Tekanan demi tekanan, ARM salah syarikat yang bertanggungjawab ke atas cip pemprosesan telefon Huawei dan Honor juga telah menyatakan bahawa mereka juga menyekat kerjasama dengan Huawei menerusi memo supaya pekerja menghentikan “Semua kontrak aktif, kelebihan sokongan, dan apa-apa penangguhan yang belum selesai”.

Panasonic juga turut terpalit dengan isu ini. Menerusi jurucakap Panasonic, Joe Flynn menyatakan bahawa “Kami telah menghentikan semua transaksi perniagaan dengan Huawei dan 68 syarikat kumpulannya yang tertakluk kepada larangan kerajaan AS”.

Satu persatu syarikat yang menarik diri dari kerjasama bersama Huawei. Impak yang terjadi terhadap pengharaman Huawei di AS sememangnya cukup dahsyat untuk ditangani oleh Huawei.

Kami mengharapkan agar isu ini segera reda dengan mendapat kata putus yang positif dari Huawei kerana ramai pengguna yang masih tertanya-tanya dan masih ragu-ragu terhadap masa depan Huawei.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: