Akses Facebook, Instagram dan WhatsApp disekat oleh kerajaan Indonesia

Seperti anda semua sedia maklum, Facebook adalah pemilik kepada Instagram dan WhatsApp. Rata-rata pengguna akan menggunakan semua platform ini untuk tujuan penyebaran berita.

Penduduk Indonesia hari ini dilaporkan tidak dapat mengakses laman sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp kerana ia disekat oleh kerajaan Indonesia. Menurut Wiranto, ada pihak yang sengaja menyebarkan kebencian dan menyebabkan rusuhan.

Sekatan oleh kerajaan Indonesia adalah bertujuan untuk menghalang penyebaran dan penularan berita-berita yang palsu berhubung kemenangan rasmi yang berpihak kepada Jokowi sebagai president Indonesia.

Mengikut sumber, sekatan ini dilakukan terhadap sambungan internet selular sahaja. Pengguna masih boleh mengakses ketiga-tiga laman sosial melalui sambungan internet berwayar (WiFi).

Selama mana sekatan ini dilakukan masih belum diketahui. Mungkin setelah rusuhan kembali reda.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: