Action Osmo – Kamera Aksi Baru Dari DJI Yang Ni Memang Padu!

DJI sememangnya tidak asing lagi terhadap pengeluaran drone dan cukup terkenal dengan pelbagai model drone yang menjadi idaman penggemar fotografi dan videografi. Selain daripada drone, DJI turut perkenalkan beberapa jenis alat sokongan videografi dan kamera jenis lain.

Pada awal Mei yang lepas, ura-ura tentang DJI sedang membangunkan kamera aksi untuk menyaingi GoPro telah tersebar. Jika tahun lepas, DJI telah perkenalkan Osmo Pocket sebagai kamera aksi yang berupaya diletakkan didalam poket dan dibawa kemana sahaja.

Tahun ini dilihat DJI secara perlahan sedang mencipta rentak untuk bersaing dalam persaingan kamera aksi yang bersaiz kompak. Gambar yang tertiris baru-baru ini telah diperlihatkan bahawa DJI sedang membangunkan kamera aksi yang mempunyai rekaan seperti GoPro.

Merujuk pada gambar yang tertiris, DJI telah menamakan kamera aksi ini sebagai Action Osmo dan mempunyai saiz lensa yang lebih besar dari kamer aksi yang ada di pasaran.

Tambahan lagi, apa yang buat saya tertarik pada rekaan yang tertiris ini adalah paparan skrin yang diletakkan pada bahagian hadapan dan ia juga masih mempunyai paparan skrin dibahagian belakang sebagai skrin utama. Bermaksud Action Osmo satu-satunya kamera aksi yang mempunyai dwi-skrin.

Kamera pada bahagian hadapan dilihat memberi tarikan utama pada penggemar vloggers dan memberi persaingan hebat pada Sony RX0 II yang baru dilancarkan pada bulan Mac yang lepas.

Sony RX0 II juga adalah satu-satunya kamera aksi yang memberi tarikan utama kepada vloggers kerana keupayaan skrin boleh lipat dan boleh dilihat dari hadapan. Namun dengan adanya DJI Action Osmo yang mempunyai dwi-skrin, ia mungkin pencetus revolusi baru terhadap fungsi pada kamera aksi.

Berdasarkan ura-ura lagi, DJI Action Osmo mempunyai spesifikasi :

  • Kamera 12MP CMOS sensor dari Sony
  • H2 image processor
  • Shutter speed 1/8000-120s
  • Keupayaan merakam 4K video 60fps

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: