8 Peranti HUAWEI Yang Bakal Dapat Kemaskini Android Q Terawal

Android Q telah diperkenalkan secara rasmi oleh Google pada bulan Mac yang lepas dan pada awal perkenalan versi BETA pertama, ia telah dilepaskan khas buat peranti Google Pixel hingga Pixel 3XL.

Jika anda masih tidak tahu apa itu versi BETA, ia adalah perisian khas buat pemaju aplikasi bagi mencuba sendiri perisian berikut untuk memastikan ia bersesuaian dan optimum sebelum ia dilancarkan secara rasmi buat semua pengguna. Malah, ia bukan versi Android Q rasmi lagi buat pengguna tapi masih dalam mood percubaan.

Pada acara khas Google I/O 2019 yang lepas, Google telah memperkenalkan beberapa ciri dan fungsi baru terhadap Android Q. Sekaligus melancarkan BETA versi ketiga dan ia juga dilepaskan buat peranti Android lain yang terpilih sahaja. Dijangka Android Q versi rasmi bakal dilepaskan buat pengguna pada suku tahun ketiga tahun ini (Sekitar Julai – September).

Dengan berita ini, HUAWEI dilaporkan sedang mengusahakan versi terbaru EMUI (Sistem Operasi) mereka. HUAWEI juga melaporkan bahawa mereka bakal melepaskan versi terbaru EMUI (Android Q) pada 8 peranti terpilih setelah barisan Google Pixel mendapat kemaskini Android Q yang rasmi.

Peranti berikut adalah HUAWEI Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20X, Mate 20 RS, Huawei P30 Pro, P30, Honor View20, dan Honor Magic 2.

Perlu di ingatkan bahawa kesemua peranti HUAWEI ini bakal mendapat versi EMUI terbaru (Android Q) pada versi terakhir (rasmi) Android Q pada suku tahun ketiga nanti. Jadi, buat masa sekarang jika anda seorang pengguna peranti HUAWEI, anda hanya boleh merasakan versi BETA 3 Android Q pada Mate 20 Pro sahaja.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: