VIVO APEX — Peranti Masa Hadapan Dengan Sambungan 5G

Jika anda dengar nama vivo, pasti anda sudah memikirkan sesuatu di dalam kepala anda tentang vivo. Iaitu kamera, rekaan yang mempersona dan skrin.

Tapi kali ni vivo memperkenalkan peranti yang lain dari lain dan dianggap sebagai “peranti masa hadapan” kerana pelbagai teknologi dan inovasi baharu yang di implementasi.

3 pilihan warna vivo APEX

Vivo kali ini memperkenalkan model terbaru mereka iaitu APEX dan juga menjadi peranti pertama vivo yang mempunyai sambungan internet 5G. Menggunakan Teknologi “Touch Sense”. Tiada butang volume atau on/off seperti peranti biasa.

Tambahan lagi, APEX menggunakan teknologi SoundCasting. Dimana tiada speaker yang boleh dilihat secara fizikal. Teknologi ini seperti yang digunakan pada HUAWEI P30 Pro. Anda mampu mendengar tapi tidak dapat melihatnya.

Rekaan kali ni agak berbeza berbanding rekaan peranti vivo yang biasa. Vivo menggelar rekaan ini sebagai “Super Unique Body Design” kerana sifatnya yang tampak unik dan minimal. Juga tiada butang fizikal.

Tambahan lagi, APEX tiada pengecasan seperti peranti biasa yang menggunakan sambungan Type-C atau Micro USB. Tetapi, mereka menggunakan “Magnetic Port” atau dalam bahasa singkatnya MagPort yang terletak dibahagian panel belakang peranti ini.

Apa yang paling menarik, fungsi In-Display Fingerprint kali ni sangat berbeza dan boleh dikatakan peranti pertama yang menggunakan teknologi “Full-Display Fingerprint Scanning”.

Dimana anda boleh meletakkan jari anda dimana-mana tempat di skrin untuk unlock peranti ini. Bahkan ianya menyokong 2 jari sekaligus untuk unlock. 

Malangnya APEX buat masa ini tidak mempunyai “Kamera Selfie”. Kata pihak vivo, mereka masih mencari jalan terbaik untuk meletakkan kamera selfie ditempat yang terbaik buat APEX.