Telefon ini sama kuasa dengan sebuah komputer

Vivo memperkenalkan model V15 Pro versi 8GB dan mengekalkan ROM 128GB pada harga RM1,899.

Kekal mahu menunjukkan kuasa mereka setara dengan tagline ‘Enjoying the Extraordinary’, RAM 8GB yang baru membolehkan permainan mudah alih menjadi pengalaman yang benar-benar luar biasa.

Ia kerana ia menjamin pengalaman permainan mudah alih yang lebih lancar ditambah lagi ciri skrinSuper AMOLED Ultra FullView dengan tambahan mod ‘persaingan’ baru yang memperuntukkan sumber sistem untuk mengutamakan prestasi permainan.

Malah, ia datang dengan Dual-Turbo yang mengurangkan frame drop sebanyak 300% dan meningkatkan kelancaran permainan.

Sama seperti versi 6GB, varian 8GB mempunyai paparan Ultra FullView yang datang dengan nisbah skrin 90.95% pada paparan 6.53 inci, resolusi 1080 × 2340 dan Corning Gorilla Glass generasi kelima.

Unit ini, yang kini menjadi standard siri V15, turut mempunyai kamera depan terangkat 32 megapiksel pertama di dunia untuk merakam wajah pengguna dengan cara yang paling indah dan jelas.

Ciri-ciri yang mudah digunakan seperti AI Face Beauty membantu pengguna menghaluskan kulit yang licin mereka.

Ia kini sudah mula dijual.