Telefon ini harganya hanya RM1

Pelan yang membolehkan anda membeli Vivo Y91C dengan harga tak masuk akal tersebut termasuk Maxis One 98, Maxis One 128, Maxis One 158 atau Maxis One 188.

Maxis menawarkan model telefon Vivo Y91C hanya dengan RM1 apabila anda mendaftar pelan Maxis One 98 ke atas.

Y91C adalah telefon pintar siri Y paling baru yang dilancarkan di Malaysia mempunyai skrin seluas 6.22 inci menawarkan tontonan paling besar dengan nisbah skrin ke badan sehingga 88.6%.

Peranti ini juga direka dengan warna yang elegan, ditambah dengan kemasan yang berkilat dan sisi melengkung 3D, membolehkannya menjadi ‘wow’ dari bahagian belakang serta depan.

Dengan Vivo Y91C, anda akan dapat berhubung sepanjang hari hasil bateri berkapasiti tinggi 4030mAh. Anda juga akan mendapat RAM 2GB dan pemproses octa-core, membolehkan anda untuk melakukan multitask atau beralih antara aplikasi yang berbeza dengan mudah.

Yang paling penting, ROM yang dibina dalam 32GB boleh dikembangkan sehingga 256GB jadi anda boleh menyimpan lebih banyak gambar, video, atau apa sahaja yang anda suka.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: