Siri OnePlus 7 Di Bentuk Menjadi Pembunuh Flagship 2019

Siri terbaru OnePlus 7 bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Lewat ini pelbagai ura-ura sudah tersebar, malah rekaan dan spesifikasi juga sudah tersebar hampir 90%. Selalunya akhir-akhir semasa hampir tarikh pelancaran sesebuah peranti, ura-ura yang tersebar seringkali tepat. Perkara ini adalah perkara biasa pada semua peranti sejak dari dulu lagi.

Baru-baru ini satu tweet yang dikongsikan oleh Max J di Twitter mengatakan bahawa OnePlus bakal menggunakan Tri-Kamera :

  • 48MP Kamera Utama
  • 8MP Telephoto f/2.4 dengan keupayaan 3x zoom
  • 16MP Ultra-Wide f/2.2

OnePlus sebelum ini menfokuskan kepada prestasi, kepantasan dan ketahanan kini dilihat ingin menfokuskan kepada keupayaan kamera. Secara tidak langsung menjadikan siri OnePlus yang mempunyai keupayaan yang dinanti-nantikan oleh penggemar OnePlus yang sebelum ini agak kecewa dengan tawaran harga yang kian meningkat tapi hanya fokus pada prestasi.

Siri kali ni juga dikhabarkan hadir dengan skrin 90 Hz yang biasa hanya ada pada peranti gaming. Jika benar, OnePlus 7 Pro mempunyai tawaran yang sangat baik untuk pelbagai aspek seperti mobile gaming, fotografi, dan penggunaan harian. OnePlus juga dijangka memperkenalkan 3 model untuk siri OnePlus 7. Sekaligus menjadi peranti pertama OnePlus yang mempunyai 3 pilihan variasi pada satu model.

Tarikh pelancaran rasmi dijangka pada 14 Mei ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: