Siri iPhone Xs Edisi Khas Watak Avengers Dengan Harga RM20,500!

Tidak cukup dengan koleksi eksklusif dan edisi khas buat peminat Avengers iaitu Caviar Infinity Gauntlet yang berharga RM32,000. Caviar juga turut memperkenalkan siri iPhone Xs Edisi Khas dengan rekaan yang unik yang berharga $4,950. Mengikut tukaran wang asing sekitar RM20,500.

Siri iPhone Xs Edisi Khas ini hadir dengan rekaan yang bericirikan 4 superhero dari Avengers. Iaitu Iron Man, Captain America, Hulk dan Thor. Ia bukan sejenis casing tapi setiap satu superhero mempunyai logo dan rekaan kerangka badan yang tersendiri.

Setiap sudut pada rekaan siri iPhone Xs Edisi Khas ini juga mempunyai tulisan dan nombor siri khas buat setiap satu peranti memandangkan ia adalah keluaran terhad.

Jika ingin melengkapkan koleksi Infinity dari Caviar ni, anda boleh membeli salah satu iPhone yang diperkenalkan ini dengan Infinity Gauntlet. Jika digabungkan, harga kedua-duanya mencecah RM52,500.