Samsung Galaxy Fold Sudah Boleh Di Tempah Dengan Harga RM8,173!

Samsung pada 20 Februari yang lepas baru saja memperkenalkan peranti masa hadapan yang mempunyai keupayan skrin boleh dilipat. Bukan sahaja boleh dilipat, malah mempunyai paparan skrin yang lain setelah dilipat dibahagian luar.

PRA-TEMPAHAN

Hari ini, Samsung Galaxy Fold sudah boleh ditempah bermula hari ni melalui portal rasmi www.Samsung.com (AS). Dan penempah boleh menuntut peranti ini pada 24 April nanti. Manakala ianya akan dijual bermula 25 April di AS dan di Europe bermula 5 Mei bersama tawaran hadiah menarik!

Malangnya, di Malaysia masih tiada khabar berita lagi mengenai harga rasmi dan Pra-tempahan Samsung Galaxy Fold. Mungkin Samsung buat masa ini menfokuskan market yang lebih besar dan lebih baik terlebih dahulu.

HARGA

Harga mengikut tukaran wang asing : $1,980 = RM8,173

SPESIFIKASI

  • Skrin Utama : 7.3-inci QXGA+ Dynamic AMOLED
  • Skrin Luar : 4.6-inci HD+ Super AMOLED
  • Kamera Luar : 10MP Selfie Camera Pixel size: 1.22umFOV: 80°F.No (aperture): F2.2
  • Kamera Selfie Dalam : 10MP Selfie Camera Pixel size: 1.22umFOV: 80°F.No (aperture): F2.2 + 8MP RGB Depth CameraPixel size: 1.12um FOV: 85°F.No (aperture): F1.9
  • Kamera Utama : 12MP Telephoto Camera PDAF, OISPixel size: 1.0um FOV: 45°F.No (aperture): F2.4 + 12MP Wide-angle CameraSuper Speed Dual Pixel AF, OISPixel size: 1.4um FOV: 77° Dual aperture: F1.5 mode / F2.4 mode + 16MP Ultra Wide Camera Pixel size: 1.0um FOV: 123°F.No (aperture): F2.2
  • Bateri : 4,380mAh
  • Pengecasan Pantas : Qualcomm Quick Charge 2.0 (18W) dan Wireless Charge (15W)
  • Cip Pemprosesan : 7nm 64-bit Octa-Core Processor Snapdragon 855
  • RAM : 12GB RAM (LPDDR4x)
  • Memori : 512GB internal storage (UFS3.0)
  • MicroSD Slot : Tiada
  • 3.5mm Earphone Jack : Tiada
  • OS : Android 9.0 (Pie)
  • Warna : Space Silver, Cosmos Black, Martian Green & Astro Blue