Samsung Galaxy Fold Bakal Dilancarkan Di Malaysia Menjelang Mei Ini

Jika anda seorang yang sukakan kelainan dan mempunyai bajet pembelian peranti yang PREMIUM dan tidak kisah tanda harga yang tinggi, ini adalah berita baik buat anda.

Samsung Galaxy Fold kini sudah boleh ditempah di Amerika Syarikat (AS) dengan harga $1,980. Jika ianya ditukar mengikut tukaran wang asing, sekitar RM8,191 dan sampai kepada pembeli pada 24 April. Dilaporkan juga ianya bakal hadir buat pelanggan di AS pada 25 April dan di Eropah pada 5 Mei.

Dalam pada itu, Samsung juga telah ‘mengacah’ satu nota mengatakan Save The Date. Dan ia mungkin adalah petunjuk bahawa Samsung Galaxy Fold bakal hadir di Malaysia pada 3 Mei tahun ini.

Spesifikasi Samsung Galaxy Fold

Samsung Galaxy Fold juga dilaporkan bakal hadir bersama Samsung Galaxy Buds dan Casing rasmi khas buat Galaxy Fold.