Samsung Galaxy A80 Skrin Tanpa Notch Dan Kamera Boleh Rotate!

Hari ini di Bangkok, Thailand Samsung telah memperkenalkan siri Galaxy A baru iaitu Samsung Galaxy A80.

Apa yang menarik pada acara ini adalah fungsi baru yang diperkenalkan oleh Samsung terutamanya pada bahagian kamera. Kali ini Samsung memperkenalkan fungsi kamera bermotor seperti yang anda pernah lihat di OPPO Find X tapi sedikit berbeza.

Samsung menggunakan kamera yang sama untuk kamera utama dan kamera selfie. Bermaksud ia akan rotate jika anda pergi ke mode selfie. Fungsi kamera rotate juga lebih kurang seperti yang ada pernah lihat di OPPO N3.

Dengan fungsi kamera ini, Samsung telah secara tak langsung telah memecahkan tradisi mereka terhadap rekaan dan paparan skrin. Sekaligus menjadi peranti Samsung pertama yang mempunyai paparan penuh tanpa notch dan keupayaan kamera selfie bermotor.

Yang lebih menarik lagi, Samsung A80 menggunakan Infinity Display yang terbaru dan yang paling penting tiada Hole-Punch atau Notch.

Spesifikasi :

  • Skrin 6.7-inci FHD+ Super AMOLED New Infinity Display
  • Tri-Kamera (Rotate) 48MP f/2.0, Ultra Wide 8MP f/2.2, dan 3D Depth
  • 8GB RAM
  • 128GB ROM
  • Bateri 3,700mAh
  • Pengecasan pantas 25W
  • In-Display Fingerprint