Samsung Galaxy A80 Bukan Peranti Samsung Pertama Kamera Boleh Pusing

Pada 11 April yang lepas, Samsung baru saja melancarkan siri Samsung Galaxy A yang terbaru iaitu Samsung Galaxy A80. Pasti ramai yang teruja dengan teknologi pada kamera yang diperkenalkan oleh Samsung.

Tak kurang juga ada yang mengatakan Samsung hanya meniru teknologi yang pernah dikeluarkan oleh OPPO dengan gabungan model OPPO Find X dan OPPO N3. Secara kasarnya nampak seakan. Tapi pada pendapat kami, Samsung lakukannya dengan lebih baik.

Namun, pada tahun 2003 Samsung sebenarnya sudah memperkenalkan peranti yang mempunyai fungsi kamera boleh pusing pada Samsung V200 iaitu sebuah peranti yang boleh lipat. Secara tak langsung, Samsung Galaxy A80 bukanlah peranti pertama Samsung yang mempunyai fungsi kamera boleh pusing.

Samsung V200

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: