Pandang Pertama HUAWEI P30 Pro

Hari ini saya sempat menghadiri pelancaran rasmi HUAWEI P30 dan P30 Pro. Pelbagai teknologi yang menarik yang ditawarkan buat kedua-dua peranti ini.

Yang paling menarik sudah tentu fungsi kamera, rekaan dan teknologi yang ditawarkan. Buat pengetahuan anda juga, P adalah bermaksud Photography. Tak hairan fokus utama siri P ini memang betul-betul menfokuskan pada fungsi kamera.

Rekaan — Saya lebih tertarik pada rekaan P30 Pro yang memberikan citarasa premium. Akan tetapi, binaan kerangka atas dan bawah agak hodoh dan flat.

Saya lebih memilih rekaan Samsung S10 yang berbentuk melengkung sedikit. Namun, warna yang ditawarkan buat siri P sangatlah cantik dan berkonsepkan alam semulajadi. Tapi seperti biasa, cap jari sangat mudah melekat dan nampak sangat jelas

Speaker — Untuk siri P baru ni. Tiada stereo speaker dan ianya agak mengecewakan buat peranti kelas atasan yang premium sebegini. Namun, apa yang menariknya, speaker siri P30 ini menggunakan teknologi speaker dibawah skrin.

Audio Jack 3.5mm — Semasa sesi soal jawab bersama media, pihak HUAWEI mengatakan ruang komponen di P30 Pro agak terhad untuk meletakkan sambungan audio jack memandangkan pelbagai teknologi yang ditawarkan. Jadi, P30 saja yang mempunya ruang ini.

In-Display Fingerprint — Berdasarkan pertanyaan beberapa pihak yang sudah menggunakan P30 Pro selama seminggu, fungsi In-Display Fingerprint di P30 Pro agak perlahan walaupun HUAWEI mengatakan ia 30% lebih laju dari generasi lama. Siri P ini hanya menggunakan optical fingerprint sensor generasi terbaru.

Oleh itu, saya lebih memilih In-Display Fingerprint oleh Samsung S10 yang menggunakan teknologi ultrasonic fingerprint sensor. Lebih pantas.

Kamera Suasana Gelap — Saya sempat merasai sendiri pengalaman mengambil gambar dalam suasana yang sangat gelap menggunakan P30 Pro. Ternyata sangat mengagumkan.

Pada awalnya paparan di peranti tampak gelap. Selepas gambar diambil, hasil gambar yang dipaparkan ‘loading’ seketika menunjukkan software sedang memproses gambar dan mencantikkan gambar. Sekaligus, gambar yang dihasilkan juga disokong kuat oleh software seperti Google Pixel.