OnePlus Mengumumkan Tarikh Pelancaran OnePlus 7 Pada 14 Mei Ini

Berita baik buat peminat OnePlus. OnePlus baru-baru ini mengumumkan tarikh rasmi pelancaran peranti terbaru mereka iaitu siri OnePlus 7 pada 14 Mei nanti.

OnePlus sebelum ini sangat terkenal dengan peranti yang mempunyai prestasi, kepantasan dan kualiti pada peranti mereka. Jika sebelum ini OnePlus menggunakan slogan Unlock The Speed pada OnePlus 6T, peranti OnePlus kali ini dilihat menggunakan slogan terbaru iaitu GoBeyond Speed.

Siri OnePlus 7 juga dikhabarkan mempunyai keupayaan yang dinanti-nantikan oleh penggemar OnePlus yang sebelum ini agak kecewa dengan tawaran harga yang kian meningkat tapi hanya fokus pada beberapa hal penting sahaja.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: