OnePlus Mengembalikan Earphone Jack 3.5mm Pada OnePlus 7

Tak lama saja lagi OnePlus bakal memperkenalkan peranti terbaru mereka iaitu OnePlus 7. Dahulu di awal perkenalan, OnePlus cukup terkenal dikalangan pengguna dan digelar sebagai Flasghip Killer.

Kini dilihat tidak lagi. Bahkan masa awal perkenalan OnePlus 6T, ia mendapat pelbagai kecaman dari peminat tegar OnePlus hanya kerana keputusan mereka membuang earphone jack 3.5mm.

Berdasarkan ura-ura yang tersebar baru-baru ini, dilihat OnePlus bakal mengembalikan ciri earphone jack 3.5mm pada peranti OnePlus 7. Gambar casing yang dikhabarkan OnePlus 7 juga turut tersebar menunjukkan ia bakal hadir dengan earphone jack sekaligus menguatkan lagi ura-ura ini.