OnePlus Menduduki Carta 5 Jenama Peranti Premium Di Peringkat Global

OnePlus bukan lagi jenama baru dalam arena peranti pintar. Ia cukup terkenal dikalangan peminat peranti. Tapi kurang mendapat publisiti dikalangan pengguna di Malaysia. Mungkin kerana cara pemasaran yang berbeza berbanding jenama lain.

OnePlus mula ditubuhkan pada December 2013 dan telah perkenalkan peranti pertama mereka OnePlus One pada April 2014. Pada masa itu OnePlus One digelar sebagai peranti ‘Flagship Killer’ kerana kehebatan spesifikasi dan harga yang sangat murah.

Setelah beberapa tahun OnePlus kekal dalam arena peranti, tahun ini OnePlus diumumkan sebagai antara jenama premium bersama 5 lagi jenama. Apple juga masih mengukuhkan kedudukan di carta pertama dan diikuti oleh Samsung, HUAWEI, dan OPPO.

Prestasi OnePlus meningkat semenjak model OnePlus 6T. Berdasarkan pasaran China, India, dan Eropah Barat, empat perlima adalah penghantaran secara global adalah daripada 3 negara ini.

OnePlus juga mencatatkan penghantaran tertinggi pada hanya pada satu suku (Q4 2018) di India untuk peranti premium.

Mereka juga menganggarkan bahawa segmen telefon pintar premium akan terus berkembang dalam dua digit. Dengan menawarkan ciri tambahan seperti AI, Tri-Kamera, Paparan skrin penuh, dan pilihan memori yang lebih tinggi. Pemilihan peranti premium seterusnya pula akan didorong oleh kemunculan peranti 5G yang boleh didapati secara komersial.

Sumber : Counterpoint

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: