Nubia Red Magic 3 Dilancarkan Secara Rasmi – Hadir Dengan Rakaman Video 8K, Snapdragon 855, Bateri 5,000mAh

Nubia hari ini baru saja melancarkan peranti berasaskan mobile gaming di China. Ia adalah Nubia Red Magic 3. Berdasarkan spesifikasi rasminya, spesifikasi kali ini dilihat menjadi pesaing yang sangat hebat buat peranti lain yang menfokuskan pada gaming.

Nubia Red Magic 3 ini menfokuskan terhadap keupayaan dalaman mahupun rekaan luaran. Ia hadir dengan skrin 6.65-inci AMOLED FHD+ dengan keupayaan 90Hz yang dapat memberikan paparan yang baik semasa bermain game.

Ia juga dikuasakan dengan Snapdragon 855, storan dalaman sebanyak 512GB, 12GB RAM, dan dengan ketahanan bateri sebesar 5,000mAh. Selain itu, Nubia Red Magic 3 juga mempunyai keupayaan pengecasan pantas 27W yang berupaya mengecas hanya dalam 10 minit untuk bermain game selama satu jam dan juga menyokong jenis pengecasan Power Delivery (PD) dan Quick Charge 4.0.

Tambahan lagi, teknologi penyejukan pada peranti ini dipertingkatkan dengan 500% pemindahan suhu panas. Selain itu, Nubia juga turut sertakan kipas khas yang mampu mengurangkan kepanasan dan mampu berpusing sehingga 14,000 rpm tanpa bunyi. Nubia Red Magic 3 mempunyai ciri wajib buat peranti gaming dengan lampu RGB dibahagian belakang yang menyokong sehingga 16.8 juta pilihan warna.

Bukan itu saja, Nubia Red Magic 3 juga masih mengekalkan bicu audio 3.5mm buat peranti ini. Dan yang lagi menarik adalah pengalaman semasa bermain game dengan stereo speaker dengan sokongan DTS:X dan teknologi speaker 3D.

Tak lupa juga pada fungsi kamera utama yang hanya menggunakan satu kamera 48MP yang berupaya merakam video 8K dan ia adalah peranti pertama didunia yang menyokong 1920fps rakaman Slo-mo video. Kamera hadapan pula menggunakan 16MP.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: