[MAT DAN] Jom Tengok Mat Dan Main HONOR View20

Sempat juga Mat mencuba kamera HONOR View20 dan menjumpai satu fungsi hebat.

Bagi kamera yang resolusinya menjangkau 48 megapiksel ini, tentunya gambar yang dirakam hebat-hebat belaka.

Kalau tak caya, mu boleh tengok sampel gambar-gambar di bawah deh.

Melalui sensor kamera utama sebesar itu, HONOR telah memperkenalkan fungsi khas yang dikenali sebagai 48MP AI Ultra Clarity. *

Apa benda tu?

Anda juga tidak perlu risau sekiranya anda ingin mengambil gambar untuk objek yang jauh daripada anda.

Hal ini adalah kerana, kamera HONOR View20 ini telah dibina dengan Mod AI Ultra Clarity.

Mod ini akan beroperasi serentak dengan sensor 48 megapiksel untuk menghasilkan gambar yang sangat terperinci dan jelas walaupun objek dalam gambar terlalu kecil atau berada jauh daripada lokasi kamera fon, begitu juga dengan persekitaran yang kurang atau terlebih cahaya.

Jangan risau, tak perlu tekan-tekan butang yang komplikated.

Mod AI Ultra Clarity ini akan diaktifkan secara manual dalam ruangan ‘Setting’ sebelum anda boleh anda memilih resolusi 48MP pada bahagian tetapan kamera.

Kalau mahu menggunakan mod ini, anda perlu mengaktifkan fungsi kamera, pilih “photo” dan klik pada bahagian ikon tetapan di bahagian atas kemudian pilih resolusi 48MP Ultra Clarity.

HONOR View20 yang berharga RM1,999 untuk versi 6GB+128GB manakala satu lagi versi berharga RM2,499 bagi 8GB+256GB mempunyai ciri paling berkuasa dalam model HONOR itu sendiri dan ia berikutan fon AI terkini ditawarkan selepas HONOR 10. Warna yang ditawarkan termasuk Sapphire Blue, Phantom Blue dan Midnight Black.

Storannya sangat besar, 128GB dan 256GB dengan RAM 6GB atau 8GB yang kemudian mempunyai CPU Kirin paling tinggi, Kirin 980.

Rekaannya sudah menghampiri skrin tanpa sempadan. Maklumlah nama penuh View20 jadi View itu sudah menggambarkan keadaan ruang yang memenuhi skrin jadi lebih banyak imej-imej yang boleh dilihat dalam satu skrin saja.

Mahu membelinya? Klik saja pautan ini,

https://www.hihonor.com/my/product/10060642822727.html#10060607532198

#HONORView20

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: